Duration 7:13

KEK COKLAT MOIST YANG GEBU DAN SEDAP TOPPING LELEH (SUKATAN CAWAN)

568 watched
0
34
Published 13 Jul 2023

Assalammualaikum semua. Hari ini DB akan kongsikan cara buat kek coklat moist yang gebu dan topping untuk kek yang mudah dan sedap! Selamat mencuba. Cara Buat Kek Coklat Moist: Bahan A 1 cawan gula pasir 1 cawan minyak masak 1 cawan susu pekat 1 cawan susu cair 1 cawan serbuk Koko Gaulkan dahulu, kemudian masakkan di atas api sederhana sehingga ke semua bahan sebati dan tidak berketul. Kemudian sejukkan sebentar. Bahan B 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil soda bikarbonat Ayakkan ke semua bahan. Kemudian campurkan dengan bahan A yang telah sejuk. Bahan C 3 biji telur Pecahkan 3 biji telur. Masukkan 1 per satu telur ke dalam bahan A dan B yang telah di campur tadi. Kemudian kacaukan sebati. Setelah sebati, tapiskan supaya tekstur kek nanti tidak berketul. Cara Buat Topping untuk Kek Coklat Moist: Bahan-bahan 1/2 cawan susu pekat 1/2 cawan susu cair 1/2 cawan minyak 1/2 cawan serbuk koko 1/2 cawan gula Cara-caranya Campurkan ke semua bahan ke dalam periuk dan gaulkan sebati. Kemudian masakkan atas api yang sederhana. Pastikan anda kacaukan sebati ya. Seterusnya, tapiskan supaya tidak berketul. Akhir sekali, tuangkan atas kek coklat kukus anda. Cara-cara yang lebih lengkap boleh tengok di video. Jangan lupa like, share dan subscribe. Terima kasih! FOLLOW DAPUR BIRU : ______________________ INSTAGRAM https://www.instagram.com/DapurBiruOfficial TIKTOK https://vt.tiktok.com/ZSdj574oM/ FACEBOOK PAGE https://www.facebook.com/DapurBiruOfficial JOIN GROUP TELEGRAM https://t.me/DapurBiru Tentang Dapur Biru: Hai semua, boleh panggil DB. Dapur Biru berkongsi resepi yang sedap & menarik. Ada pelbagai resepi yang DB kongsikan seperti resepi melayu, asia, western, kuih muih, kek, pastri dan lain-lain. Jangan lupa like, comment, subscribe channel ini dan tekan bell notification untuk mengikuti video resepi DB. Terima kasih #kekcoklatmoist #kekkukus #kekgebu #carabuatkek #resepkek #kek #recipe #cake #baking #howtobake #sukatancawan #delicious #perfect #tasty #mesticuba #resep #resepi #moistcake #chocolatemoist #coklatmoist #kekcoklat #chocolatecake #dapurbiru #resepikek #cakerecipe #chocolatecake

Category

Show more

Comments - 6